Tuesday, August 31, 2010

A Trip To Tabuk-31 Disember 2008

TABUK

 
Pada tarikh 31/12/2008,Amirah,Ashraf,Suhair dan Shifa bersama Papa dan Mama telah ke Tabuk.750 km dari Madinah.Tabuk merupakan sebuah bandar yang besar dan cantik.Ianya juga merupakan sempadan dengan Jordan,Palestin,Israel,Iraq,Mesir dan Kuwait.Di sana sejuk.Tabuk digelar “Madinatul Askariyah”kerana di sana terdapat banyak askar.Di sana juga terkenal dengan pertanian moden.

Kami bangun pada jam 6.00 pagi dan bersiap-siap.Mama pula memasak bekalan yang akan dibawa .Kemudian,pada jam 7.30 pagi,kami keluar rumah.Kami menahan teksi di hadapan rumah.Setibanya kami di stesen bas,kami menunggu di ruang menunggu sehingga jam 8.30 pagi.Kemudian,bas yang akan kami naiki pun tiba.Bas tersebut berwarna kelabu.Kami pun meletakkan beg ke bawah bas dan kemudian terus menaiki bas.Bas tersebut bergerak pada jam 9.15 pagi.

 
Dalam perjalanan,kami terlena sehingga bas tersebut berhenti di Khoibar pada jam 11.45 pagi untuk menurunkan dan mengambil penumpang.Di dalam bas tersebut hanya ada 10 orang penumpang termasuk pembawa bas dua orang.Banyak sungguh tempat yang kosong.Oleh kerana itu,Ashraf,Suhair dan Shifa dapat dua tempat seorang.Kemudian,pada jam 2.00 tengahari,bas tersebut berhenti di Tayma’.Ianya juga termasuk dalam bahagian Tabuk.Sejuk juga di sana.Kami makan tengahari di sana.Kami makan sejenis nasi yang tidak pernah kami makan sebelum ini.Namanya “Nasi Turki”Ia berwarna putih & coklat dan dimakan dengan kentang masak merah,ayam Turki dan salad.Berselera sungguh semua orang makan.Selepas itu,kami menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Tabuk.


Pada jam 5.00 petang,kami tiba di stesen bas SAPTCO.Selesai menurunkan beg,kami keluar dari tempat tersebut dan menunggu di luar sehingga anak murid Papa tiba.Beberapa minit kemudian,Abu Mat’ab (gelaran bagi anak murid Papa)tiba.Kemudian,Abu Mat’ab membawa kami ke rumahnya.Di sana,kami dijamu dengan Nasi Kambing.Kami makan bersama Ummu Ahmad(Mak kepada Abu Mat’ab),Abu Ahmad,Ummu Mat’ab serta ahli keluarganya yang lain.Kemudian,pada jam 10.00 malam,kami dihantar ke hotel yang bernama HToon.Sebelum ke sana,Abu Mat’ab membawa kami ke Landasan Keretapi Hijaz(Hijaz Railway).Ia dibina pada zaman Uthmaniyah.Keretapi lama yang kami lihat pada masa itu,pada masa dahulunya boleh ke Turki.Tetapi sekarang operasinya sudah ditamatkan.Kemudian,Abu Mat’ab membawa kami melihat suasana bandaraya Tabuk pada waktu malam.Cantik sungguh.Di tepi-tepi jalan terdapat bunga-bunga yang hidup subur dihiasi dengan lampu berwarna-warni.Jalannya juga tidak sesak.

 
Setibanya kami di hotel,kami mengemas barang dan kemudian tidur.Sejuk pada masa itu tidak dapat dibayangkan.Sejuk sungguh.Sehinggakan semua orang memakai baju dua lapis malam itu.Pada keesokan paginya,kami bersarapan dengan roti telur dan jus buah-buahan.Kemudian,pada jam 9.00 pagi,kami turun ke bawah kerana Abu Mat’ab sudah menunggu di hadapan hotel.Kami ke rumah Abu Mat’ab untuk mengambil Ummu Mat’ab, Mat’ab(8),Marwa(6),Najwa(5),Khadijah(4) dan Roma(8 bulan) yang merupakan keluarga anak murid Papa ini.(Abu Mat’ab).Mereka comel-comel belaka dan petah bercakap.Keluarga Abu Mat’ab merupakan keturunan Badawi.Mereka ini sangat baik.

 
Tempat pertama yang akan dilawati pada hari itu ialah Dubaa.250 km dari Tabuk.Perjalanan kami ke sana mengambil masa dua jam.Kami tiba di Dubaa pada jam 1.00 tengahari.Setibanya kami di sana,Abu Mat’ab membawa kami ke Laut Merah.Kami berkelah di sana.Dubaa merupakan sempadan bagi Arab Saudi dengan Mesir.Kelihatan kapal-kapal yang ke Mesir di persisiran pantai.Selepas puas bermain,kami ke masjid untuk solat Zohor dan Asar.Kemudian,kami meneruskan perjalanan kami.

 
Destinasi kami yang kedua pada hari itu ialah Perkampungan Nabi Syu’ib A.S. yang terletak di Bada’a.Ia merupakan tinggalan perkampungan Nabi Syu’ib A.S..Cantik sungguh pemandangan di situ.Surah Al-Mutaffifin mengisahkan peristiwa/azab yang terjadi di sini.Ia mengisahkan tentang kaum di situ yang selalu menipu dalam timbangan dan jualan.Kemudian,Allah mengutuskan Nabi Syu’ib A.S. kepada mereka.Akan tetapi,mereka mengingkari ajaran Nabi Syu’ib A.S.Kemudian,Allah menurunkan azab kepada mereka.Di situ,kami dapat melihat rumah-rumah pada zaman Nabi Syu’ib A.S. dahulu.Rumah mereka kecil-kecil.Gambar di bawah merupakan pemandangan di dalam rumah-rumah tersebut.Bilik-bilik yang kelihatan di dalam gambar merupakan dapur,bilik tidur,bilik menyimpan barang dan bilik menyalin pakaian.Petak-petak di atas tanah tersebut merupakan kubur penghuni rumah tersebut.Apabila penghuni rumah tersebut meninggal dunia,ia dikuburkan di dalam rumahnya juga.Pintu masuk bagi rumah-rumah di situ diukir dengan pelbagai corak-corak yang menarik.


Kemudian,Abu Mat’ab mengajak kami pulang kerana hari semakin gelap.Selepas itu,kami ke rumah adik kepada Abu Mat’ab.Namanya Musallam.Rumah tersebut merupakan rumah di dalam kebun.Selepas solat Maghrib di sana,kami pun pulang ke Tabuk.Jika perjalanan kami dari Tabuk ke Dubaa dikelilingi padang pasir,perjalanan pulang kami dikelilingi laut dan padang pasir.Di sebelah kanan kami laut,manakala di sebelah kiri kami pula padang pasir.Ketika perjalanan pulang, kanak-kanak semua terlena.Kanak-kanak di bahagian tempat duduk belakang sekali,semua terbaring.Yang kecil dihimpit-himpit dan dipenyek-penyek oleh yang besar.Lucu melihat keadaan itu.


Agaknya mereka terlalu letih bermain.Hanya Papa,Abu Mat’ab,Mama


dan Amirah sahaja yang berjaga.

Di dalam rumah




Di luar rumah

Kami sampai di Tabuk pada jam 9.00 malam.Selepas itu,Abu Mat’ab membawa kami ke restoran nasi bukhari untuk membeli makan malam.Apabila sampai di hotel,kami terus makan makanan yang dibeli tadi.Kemudian,kami menonton televisyen.Manakala Papa keluar untuk berjumpa dengan kawan Abu Mat’ab.Malam itu,Amirah dan Ashraf tidur lewat sedikit kerana menemani Shifa menonton kartun kegemarannya iaitu Shaun The Sheep.Pada jam 12.00 malam,kami pun masuk tidur.Pada keesokan paginya,kami bersarapan dengan nasi yang dibeli semalam serta roti telur dan jus buah-buahan.Kemudian,pada jam 10.00 pagi,kami keluar untuk berjalan-jalan melihat bandar Tabuk.Kami menahan teksi di hadapan hotel.Pemandu teksi tersebut membawa kami melihat taman permainan Raja Abdul Aziz,melihat kawasan Lapangan Terbang Tabuk dan kemudian ke Hadiqah Al Malik Fahd bin Abdul Aziz(merupakan taman untuk keluarga).Pemandu teksi tersebut menghentikan kami di situ.Kemudian,selepas puas melihat pemandangan di sekitar taman,kami menahan teksi lagi untuk pulang ke hotel.Setengah jam kami berada di situ untuk menahan teksi.tetapi tiada juga teksi yang berhenti.Jarum jam sudah berada di nombor 11.Satu jam lagi masuk waktu untuk solat Jumaat.Kemudian,sebuah kereta berwarna merah berhenti di hadapan kami dan dia sudi membawa kami pulang ke rumah.Leganya rasa hati ketika itu.Kereta tersebut menghentikan kami di Al Musaa Mall kerana beliau tidak tahu jalan untuk ke hotel kami.Kemudian,kami pun berjalan kaki pulang ke hotel sambil mengambil gambar.




 
Pada jam 12.00 tengahari,kami check- out dan kemudian Abu Mat’ab


mengambil kami ke rumahnya.Pada tengahri itu,kami makan nasi Siyadiyyah.Ia berwarna hitam(hitam kerana digoreng dengan bawang goreng) dan dimakan dengan ikan rebus yang fresh.Kami makan bersama-sama dengan Ummu Ahmad,Abu Ahmad,Abu Mat’ab,Ummu Mat’ab,Mat’ab,Marwa,Najwa,Khadijah,Roma,Nuwal dan beberapa ahli keluarga mereka yang lain.(Lelaki dan perempuan asing.Wajib begitu!)Selepas itu,kami dijamu pula dengan Shahi atau dalam bahasa melayunya Teh dan juga Qahwah diminum bersama buah tamar.Selepas bersembang-sembang,kami pun meminta diri untuk pulang.Kami bersalam-salaman dengan keluarga mereka yang baik-baik belaka itu.Apabila kami keluar,kelihatan Papa dan Ashraf sudah berada di dalam kereta bersama Abu Mat’ab.Kemudian,kami ke stesen bas SAPTCO.Setibanya kami di sana,kami solat Asar berjemaah dan kemudian terus menaiki bas.Bas tersebut bergerak tepat pada jam 4.00 petang.






Kami tiba di Madinah pada jam 11.00 malam.perjalanan kami dari Tabuk ke Madinah mengambil masa lapan jam.Kami menahan teksi di hadapan stesen bas tersebut untuk pulang ke rumah.Apabila kami tiba di rumah,kami mengemas beg sebelum masuk tidur.




Kapal-kapal ke Mesir

Batu yang bercorak di sepanjang jalan



Mercu Tanda Dubaa


Pengalaman ke Tabuk ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana kami dapat belajar banyak tentang budaya orang arab,cara orang arab menjaga kebersihan bandarnya,cara orang arab menghargai tetamu dan lebih-lebih lagi kerana kami dapat melawat tempat-tempat yang menarik di Tabuk,Dubaa,Bada’a dan banyak tempat lain lagi.

Saturday, August 21, 2010

Teringat Daku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Semalam, 21 Ogos 2010, saye dgn keluarga ke rumah Pak Cik saye dkt Seremban utk brbuka puase di sana..Kami buka puasa dgn Tok, Wan, Mak Lang n Pak Lang, Mak Teh n family, Pak Cik Et n family..best sangat dpt jumpa sepupu-sepupuku yg comel2 blaka..hmm..pkl 9 mlm kami pun balik..
Sebelum balik rumah, kami singgah makan dkt restoran arab yg lama dah Papa berhajat nak pergi..name dia Saba Restoran dkt...Wangsa Melawati kot..Banyak sangat orang arab ade dkt sane..Maklumlah, kedai2 kat situ smuanya kdai arab..kdai runcit, kdai makan..ade jugak kdai yg khas utk Nasi Siyyadiyyah..iaitu nasi yg mnjadi favourite saye sjak di Madinah lagi..dah lame dah saye cari nasi tu dkt sini, tapi baru smlm jmpe..tapi kali ni kami bkn pergi restoran tu..So lain kali sahaje..

Papa n Mama order nasi Kabsa=nasi mcm nasi briyanni makan dgn daging, nasi mandi n nasi mandi dgn honey chicken..air, milo ais,ice lemon tea dgn adni tea..15 minit kemudian,makanan pun smpai..bile sahaja makanan tu terhidang, semua orang terdiam...kami terdiam sbb rase rindu pd Madinah membuak-buak..(eh, betul ke ayat tu?): )Saye dgn suhair dah melelehkan air mate..Ya Allah!!inilah makanan yang kami makan dkt Madinah..dgn shawarma(kebab) nye..nasi mandi nye..Allah sahaje yang tahu betapa rindunya kami pada bumi Madinah.Sesi makan berjalan lancar dgn adanya Papa n Mama yang menceriakan suasana..kami adik beradik makan dgn prasaan diam dan hiba..
Masuk kereta, Mama asyik tanye kami knape kami senyap..ngantuk ke?atau penat?mcm tak enjoy je..mase tu saye nangis teresak-esak..tanpe memberi ape2 respon dkt Mama..(tapi Mama tak tahu saye nangis)..lps tu Syifa kata dkt Mama: Mama, Syifa tak nak pergi dah situ, Syifa rindu kat Madinah..Mama dapat agak ape yg sdg brlaku pada kami.. Lps tu Mama kata, Mama akn bawa kami dtg situ lagi, dan makan semua makanan yg kami makan dkt Madinah....(mama nak buat macam kami skrg kat madinah)hehehe..kami pun rase seronok balik..jadilah dapat mkan care kat Madinah..walaupun suasana tak sama..tapi, jadilaah..daripada x rasa langsung..ok, habis..
Ya Allah, sampaikanlah kami ke Bumi MADINAH lagi..Ya Allah..
Itu sahaja lah coretan utk kali ini..sorry ye kalau tak best @ tak menarik..baru blajar cara untuk confident menulis..hehe..enjoy reading..bye!!assalamualaikum..: )

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan In Madinah

Ramadhan Kareem,


I would like to share the Ramadhan experience when we were at AlMedinah AlMunawwarah, in the year 2008. In the month of Ramadhan , the unkhuwwah among Muslims was visible. They greet one another with wishes, doa’; and offer gifts to the needy. Greetings like 'Kullu A'amin Wa Antum bi Khairin' are pleasant to listen (we normally say this only during raya in Malaysia). On sms, you would receive texted doa’ like "may you receive the Rahmah of the first-ten-day of Ramadhan, and be blessed with the Maghfirah on the second- ten-day, and will continue to attain His blessings in the last-ten-day of Ramadhan”. By the roadside, there were posters offering well-wishes, or inviting people to join iftar with orphans, and needies. One could also see billboards of doa’ and verses related to Ramadhan and fasting placed in the city. In short, the zest of Ramadhan was really felt there.



During Ramadhan, the volume of people in Medina is extraordinarily huge. We were glad to be ones among the million of Muslims who thronged the city of the Prophet (pbuh). He must be proud of his ummah, who purposely spend money and time to visit his city. What made us so moved is the preparation of the authority of the Haram-alNabi (Masjidil Nabawi) to play good host to the guests of Allah and His beloved Prophet (pbuh). Together with the Medina people, the Haram has never failed to make me and others to feel so delighted with their hospitality. For instance, during the iftar time- everyone will have the chance to get a set of meal for iftar, for free. But it was not as easy as we thought. In order to have the breaking of fast in the Haram, we need to be there as early as Asr time or otherwise we would not be allowed to enter the basement car park-I guess it can accommodate about 5000 unit of cars. So most of the time, we decided to have the iftar at home. We normally reached the Haram an hour before isyak in order to get good place for the Tarawih.



In the Haram, I am so touched to see many people enthusiastically waiting for the iftar time. After asr time, the ground area surrounding the Haram was turned into dining area. You would see iftar-hosts coming with their crew who quickly arranged food and drink on 'sufra' or mat. You can choose which 'sufra' to join, depending on your choice of food- bukhari rice, briyani, Al-baik fried chicken (like KFC in Malaysia), soup, pasta, and many more in addition to the basic set (yogurt, juice, bread, fruit, tamar, zamzam, and qahwa or tea). Inside the Haram, only the basic set is allowed. After prayer, both maghrib and tarawih, light food were served again. The hosts were busy inviting and ushering people to their ‘sufra’. You might also find people distributing drink, fruit, or sweets to passers-by. In the mosque, you would notice some people who would walk from one to another, offering perfume or walk with a smoke-producing-bowl that leaves remarkably keen fragrance that scented the mosque. The members of Red Crescent Society opened their booth at several points around the Haram compound, the scout teams helped people with wheelchairs, while the Haram staff render people with various kind of assistance. In short, the Ramadhan time is totally different when compared to other time we had experienced in the city

Spending time in Makkah alMukarramah was also an opportune time for us to witness the Glory of Islam. People of different nationalities move in the same direction, facing to the same direction, reading the same book, and making similar supplication- Hasanah fil dunya wal akhirah. We also had the opportunity to spend the first four day of Ramadhan in the Holy City. The situation was almost like alMadinah but the volume of people in more huge. The tarawih prayer in Mecca is something that we treasure most even until today, especially the melodious and exhilarating recital of Quran by Imams like Sheikh al Sudais, and Sheikh Abdullah Juhany. InsyaAllah ,one day, you will experience the moment when you have the chance to spend days of Ramadhan in Mecca and Medina.

bonus..bonus..

MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN




Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-



1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.



2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :



" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).



Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).



Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).



Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).



Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.



3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.



Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.



4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.



Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-



ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,



Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-



ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)



5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka



Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :



إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)



6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.



Berdasarkan hadith Nabi SAW :



لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).



Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.



Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).



7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.



كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)



(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).



Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu



ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"



Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.



9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :



‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).



Disebut dalam sebuah hadis lain



ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )



10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.



Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.



11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.



12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :



Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).



Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Mulakan!Blog Baru..

Assalamualaikum semua..salam ukhuwah..harini saye buat blog baru..ini adalah hasil daripada pujuk rayu seorang teman yang rapat, tapi bukan setakat rapat..terlalu rapat..iaitu, Siti Nurnabilah..dan yang paling penting, Mama saye, Azian Ahmad Sarkawi yang telah memujuk saya membuat blog dan Mama kata blog ini mestilah blog yang berfaedah..jadi,saye tidak akan cakap-cakap kosong..
ok..saye tak tahu nak buat blog saye ni sebagai Sebuah Diari atau sebuah blog catatan ilmiah..jadi, saye akan mengisytiharkan bahawa blog ini adalah sebuah diari + catatan ilmiah untuk peringatan kita semua..
untuk permulaan, ini sahaja yang saya tulis dahulu..saya akan mencari artikel2 yg menarik dan berhikmah untuk renungan kita bersama..akhir kata,minum teh dengan gule, jangan lupe jadi follower..: )
Assalamualaikum..

p/s : nama Epilog Cinta Madinah ini dipilih oleh my Beloved Mama..
Ia juga adalah tanda kerinduan penulis kepada Madinah Al Munawwarah..