Tuesday, December 7, 2010

Together Gather

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

kaifa halukum? ape khabar smue??blog ini memang patut dapat panggilan blog usang kerana dah terlaluuulah lama bersawang.dah sebulan tak update..sorry..assiff..ma'alesh..

V.A.C.A.T.I.O.N...I had a wonderful vacation..~kegembiraan yang dialami tahap 'gunung berapi meletus'~kami sekeluarga bercuti di Penang selama 6 hari..ikut  Papa kerja + cuti2..
we stayed at Eastin Hotel..



Mercu Tanda Penang

Eastin Hotel












 Berikut merupakan laporan tukang tulis..formal sikit ;)

Batu Ferringhi,4 Dis 2010 - Keluarga besar dan bahagia Haji Abdul Rahman telah mengadakan sebuah percutian yang amat berharga dan bermakna. Pertemuan keluarga atau kebanyakan orang memanggil 'Hari Keluarga' ini telah diadakan di Hotel Hydro, dekat sini.Ia disertai oleh seluruh anggota keluarga kecuali keluarga Andak dan Anjang serta Tok Wan(atuk penulis).kali ini bebudak comel tersebut tak ade untuk memeriahkan suasana.:(
nasib baik ade lagi seorang budak
comel..Farhana!!:)Tok Wan pula tak boleh datang sbb terikat dgn kewajipan beliau sbg seorang Imam.Hari keluarga ini telah diadakan secara tidak terancang.

5.30 petang,
En. Shukran(bapa kesayangan penulis) sekeluarga tiba di Hydro Hotel. Waah!! En. Khairil(bapa saudara penulis) sekeluarga sedang bermandi manda dengan rianya di kolam renang.Maka, Ashraf,Suhair dan Syifa(adik2 kesayangan penulis) menjadi teruja dan tak sabar sngat2 bila nampak kanak2 tersebut dalam swimming pool..





Kanak-kanak bermandi manda dengan 'tidak ingat dunianya' sambil diperhatikan ayahanda2 dan bonda2 mereka. Manakala penulis pula telah 'bertukar kerjaya' dengan Ashraf menjadi jurugambar.


 7.00 malam, kanak-kanak riang itu pun naik ke hotel apabila menyedari telah tiba waktu senja.It's dusk kids!!lama benar mereka-mereka tu mandi!tiba di bilik,hehe..apalagi, perkara yang akan melanda setiap pemandi kolam selepas menyejukkan diri di dalam kolam, M.A.K.A.N...
Berikut merupakan makanan2 lazat yang mengkecurkan air liur keluarga tersebut:

Kedah Mari :
  • Nasi Tomato = rasanya..heavenly tasted and appetizing..yum,yum :air tangan Tok Wan
  • Ayam Masak Merah = rasa dia? scrumptious and pleasant..slrrppp :hasil titik peluh Mak Tok
  • Jelatah a.k.a kerabu = luscious!! luscious!!
  • Laksam =  veryy appetizing!!
Kuala Lumpurr Marii :
  • Mee Goreng = yummy and good good tasted!-Angah masak
  • Chocolate cake = pleasant and silky taste!! : Mama tercinta yg baked it..
Selesai solat Maghrib, seluruh keluarga berkumpul untuk bermain bersama-sama!!Permainan yang memikat hati adalah Kuiz Teka Teki dgn The Acting Game:)
Ianya telah dikelola oleh penulis sendiri dan Mama penulis, Puan Azian..

Kuiz Teka-Teki:
Setiap kumpulan kena selesaikan teka-teki, susun perkataan dan selesaikan masalah2

group 1 - superb and splendid group

group 2 - awful group




group 2



group 3 - fabulous and wonderful group



Pemain-pemain perlulah kreatif, inovatif, automatif, plantif..eh, eh..dah mengarut dah..ahham..ahham..pemain perlulah kreatif. Teka-teki yg diberi ni sedikit sebanyak menyakitkan hati sebenarnya..hihi..tambah-tambah soalan teka - teki dan selesaikan masalah.susun perkataan pula, ada 6 soalan..

15 minit berlalu, pemain-pemain diminta berkumpul utk membincangkan jawapan. Suasana riuh rendah~ ada yg tak puas hati,  ketawa dan ada yang hanya mampu tersenyum mendengar jawapan..

Kemudian, kami bermain 'The Acting Game'. Setiap kumpulan perlu memilih seorang wakil yg hebat lagi bijak lagi mantap untuk melakonkan perkataan yang diberi. So, kena kreatif habislah!! nak bagi orang faham..sangat,sangat, sangat meriah..



Tengoklah..betapa anda-anda mahu orang lain memahami perlakuan anda ;)

Acara yang ditunggu telah tiba..Penyampaian hadiahhh..

menang = hadiah (1)

menang =  hadiah (2)

menang = hadiah (3)

menang = hadiah (4)

menang = hadiah (5)
aikk ?? budak kecik ni pun nk brgambar?
so so gorgeous

menang = hadiah (6)



Langkah kami seterusnya, ke pasar malamm Batu Ferringhi dan makan malam...Selesai membeli,  makan malam..Keluarga penulis tidak dapat bersama menikmati hidangan yang semestinya menyelerakan ditambah lagi makan bersama keluarga tercinta. Sebab Hotel Hydro dengan Hotel Eastin jauh. So, kena balik awal untuk mengelakkan sampai hotel lewat malam.


Keesokan harinya, Angah sekeluarga bersama Mak Tok dan Tehwa, Ciknah, Cikti & Ashumen datang Eastin..kami menjamu mata di Queensbay Mall dan makan di Kapitan Restaurant.



Maka, berakhirlah Hari Keluarga yang indah lagi bermakna ini.Tercatatlah sejarah : Mini Hari Keluarga Haji Abdul Rahman berjalan dengan lancarnya dan banyak suara-suara berharap kewujudannya lagi..









Ibaar yang boleh diambil :
-          Jauh perjalanan, luas pemandangan : walaupun dah banyak kali pergi Penang, tapi banyak benda2 baru yang saya pelajari
-          Ikhlas dalam perhubungan keluarga   : sangat penting untuk mengutuhkan hubungan keluarga.
-          Yakin dengan diri sendiri  : saya belajar meyakinkan diri merancang aktiviti untuk menghiburkan orang lain.
-          Berfikiran kreatif : orang yang bijak menyelesaikan masalah dan berfikir dengan kreatif boleh menyelamatkan kumpulannya dan ramai orang lagi.
-          Bekerjasama : Mini Hari Keluarga ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa kerjsama setiap ahli keluarga.
Renung-renungkan..selamat beramal!!
p/s  (penulis says J)      : karangan ni mula-mula formal..lama-lama makin guna bahasa rojak..potong markah!!
                                                : sorry panjang sangat..bila dah type2 tak ingat dunia dahJ
                                                : sorry bahasaku tak bombastik dan tak best macam orang lain..
                                                : sorry..amm..sorry..dah, dah, tak ade ape dah nak disorikan..
                                                : Jangan lupe ambil pengajaran yang telah terpapar di atas.
I HOPE YOU ALL ENJOY READING THIS POST.Ma’assalamah..All the best..Assalamualaikum..



1 comment:

  1. I like it...very much....weldone....all the best....(ashraf):)

    ReplyDelete