Tuesday, August 31, 2010

A Trip To Tabuk-31 Disember 2008

TABUK

 
Pada tarikh 31/12/2008,Amirah,Ashraf,Suhair dan Shifa bersama Papa dan Mama telah ke Tabuk.750 km dari Madinah.Tabuk merupakan sebuah bandar yang besar dan cantik.Ianya juga merupakan sempadan dengan Jordan,Palestin,Israel,Iraq,Mesir dan Kuwait.Di sana sejuk.Tabuk digelar “Madinatul Askariyah”kerana di sana terdapat banyak askar.Di sana juga terkenal dengan pertanian moden.

Kami bangun pada jam 6.00 pagi dan bersiap-siap.Mama pula memasak bekalan yang akan dibawa .Kemudian,pada jam 7.30 pagi,kami keluar rumah.Kami menahan teksi di hadapan rumah.Setibanya kami di stesen bas,kami menunggu di ruang menunggu sehingga jam 8.30 pagi.Kemudian,bas yang akan kami naiki pun tiba.Bas tersebut berwarna kelabu.Kami pun meletakkan beg ke bawah bas dan kemudian terus menaiki bas.Bas tersebut bergerak pada jam 9.15 pagi.

 
Dalam perjalanan,kami terlena sehingga bas tersebut berhenti di Khoibar pada jam 11.45 pagi untuk menurunkan dan mengambil penumpang.Di dalam bas tersebut hanya ada 10 orang penumpang termasuk pembawa bas dua orang.Banyak sungguh tempat yang kosong.Oleh kerana itu,Ashraf,Suhair dan Shifa dapat dua tempat seorang.Kemudian,pada jam 2.00 tengahari,bas tersebut berhenti di Tayma’.Ianya juga termasuk dalam bahagian Tabuk.Sejuk juga di sana.Kami makan tengahari di sana.Kami makan sejenis nasi yang tidak pernah kami makan sebelum ini.Namanya “Nasi Turki”Ia berwarna putih & coklat dan dimakan dengan kentang masak merah,ayam Turki dan salad.Berselera sungguh semua orang makan.Selepas itu,kami menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Tabuk.


Pada jam 5.00 petang,kami tiba di stesen bas SAPTCO.Selesai menurunkan beg,kami keluar dari tempat tersebut dan menunggu di luar sehingga anak murid Papa tiba.Beberapa minit kemudian,Abu Mat’ab (gelaran bagi anak murid Papa)tiba.Kemudian,Abu Mat’ab membawa kami ke rumahnya.Di sana,kami dijamu dengan Nasi Kambing.Kami makan bersama Ummu Ahmad(Mak kepada Abu Mat’ab),Abu Ahmad,Ummu Mat’ab serta ahli keluarganya yang lain.Kemudian,pada jam 10.00 malam,kami dihantar ke hotel yang bernama HToon.Sebelum ke sana,Abu Mat’ab membawa kami ke Landasan Keretapi Hijaz(Hijaz Railway).Ia dibina pada zaman Uthmaniyah.Keretapi lama yang kami lihat pada masa itu,pada masa dahulunya boleh ke Turki.Tetapi sekarang operasinya sudah ditamatkan.Kemudian,Abu Mat’ab membawa kami melihat suasana bandaraya Tabuk pada waktu malam.Cantik sungguh.Di tepi-tepi jalan terdapat bunga-bunga yang hidup subur dihiasi dengan lampu berwarna-warni.Jalannya juga tidak sesak.

 
Setibanya kami di hotel,kami mengemas barang dan kemudian tidur.Sejuk pada masa itu tidak dapat dibayangkan.Sejuk sungguh.Sehinggakan semua orang memakai baju dua lapis malam itu.Pada keesokan paginya,kami bersarapan dengan roti telur dan jus buah-buahan.Kemudian,pada jam 9.00 pagi,kami turun ke bawah kerana Abu Mat’ab sudah menunggu di hadapan hotel.Kami ke rumah Abu Mat’ab untuk mengambil Ummu Mat’ab, Mat’ab(8),Marwa(6),Najwa(5),Khadijah(4) dan Roma(8 bulan) yang merupakan keluarga anak murid Papa ini.(Abu Mat’ab).Mereka comel-comel belaka dan petah bercakap.Keluarga Abu Mat’ab merupakan keturunan Badawi.Mereka ini sangat baik.

 
Tempat pertama yang akan dilawati pada hari itu ialah Dubaa.250 km dari Tabuk.Perjalanan kami ke sana mengambil masa dua jam.Kami tiba di Dubaa pada jam 1.00 tengahari.Setibanya kami di sana,Abu Mat’ab membawa kami ke Laut Merah.Kami berkelah di sana.Dubaa merupakan sempadan bagi Arab Saudi dengan Mesir.Kelihatan kapal-kapal yang ke Mesir di persisiran pantai.Selepas puas bermain,kami ke masjid untuk solat Zohor dan Asar.Kemudian,kami meneruskan perjalanan kami.

 
Destinasi kami yang kedua pada hari itu ialah Perkampungan Nabi Syu’ib A.S. yang terletak di Bada’a.Ia merupakan tinggalan perkampungan Nabi Syu’ib A.S..Cantik sungguh pemandangan di situ.Surah Al-Mutaffifin mengisahkan peristiwa/azab yang terjadi di sini.Ia mengisahkan tentang kaum di situ yang selalu menipu dalam timbangan dan jualan.Kemudian,Allah mengutuskan Nabi Syu’ib A.S. kepada mereka.Akan tetapi,mereka mengingkari ajaran Nabi Syu’ib A.S.Kemudian,Allah menurunkan azab kepada mereka.Di situ,kami dapat melihat rumah-rumah pada zaman Nabi Syu’ib A.S. dahulu.Rumah mereka kecil-kecil.Gambar di bawah merupakan pemandangan di dalam rumah-rumah tersebut.Bilik-bilik yang kelihatan di dalam gambar merupakan dapur,bilik tidur,bilik menyimpan barang dan bilik menyalin pakaian.Petak-petak di atas tanah tersebut merupakan kubur penghuni rumah tersebut.Apabila penghuni rumah tersebut meninggal dunia,ia dikuburkan di dalam rumahnya juga.Pintu masuk bagi rumah-rumah di situ diukir dengan pelbagai corak-corak yang menarik.


Kemudian,Abu Mat’ab mengajak kami pulang kerana hari semakin gelap.Selepas itu,kami ke rumah adik kepada Abu Mat’ab.Namanya Musallam.Rumah tersebut merupakan rumah di dalam kebun.Selepas solat Maghrib di sana,kami pun pulang ke Tabuk.Jika perjalanan kami dari Tabuk ke Dubaa dikelilingi padang pasir,perjalanan pulang kami dikelilingi laut dan padang pasir.Di sebelah kanan kami laut,manakala di sebelah kiri kami pula padang pasir.Ketika perjalanan pulang, kanak-kanak semua terlena.Kanak-kanak di bahagian tempat duduk belakang sekali,semua terbaring.Yang kecil dihimpit-himpit dan dipenyek-penyek oleh yang besar.Lucu melihat keadaan itu.


Agaknya mereka terlalu letih bermain.Hanya Papa,Abu Mat’ab,Mama


dan Amirah sahaja yang berjaga.

Di dalam rumah




Di luar rumah

Kami sampai di Tabuk pada jam 9.00 malam.Selepas itu,Abu Mat’ab membawa kami ke restoran nasi bukhari untuk membeli makan malam.Apabila sampai di hotel,kami terus makan makanan yang dibeli tadi.Kemudian,kami menonton televisyen.Manakala Papa keluar untuk berjumpa dengan kawan Abu Mat’ab.Malam itu,Amirah dan Ashraf tidur lewat sedikit kerana menemani Shifa menonton kartun kegemarannya iaitu Shaun The Sheep.Pada jam 12.00 malam,kami pun masuk tidur.Pada keesokan paginya,kami bersarapan dengan nasi yang dibeli semalam serta roti telur dan jus buah-buahan.Kemudian,pada jam 10.00 pagi,kami keluar untuk berjalan-jalan melihat bandar Tabuk.Kami menahan teksi di hadapan hotel.Pemandu teksi tersebut membawa kami melihat taman permainan Raja Abdul Aziz,melihat kawasan Lapangan Terbang Tabuk dan kemudian ke Hadiqah Al Malik Fahd bin Abdul Aziz(merupakan taman untuk keluarga).Pemandu teksi tersebut menghentikan kami di situ.Kemudian,selepas puas melihat pemandangan di sekitar taman,kami menahan teksi lagi untuk pulang ke hotel.Setengah jam kami berada di situ untuk menahan teksi.tetapi tiada juga teksi yang berhenti.Jarum jam sudah berada di nombor 11.Satu jam lagi masuk waktu untuk solat Jumaat.Kemudian,sebuah kereta berwarna merah berhenti di hadapan kami dan dia sudi membawa kami pulang ke rumah.Leganya rasa hati ketika itu.Kereta tersebut menghentikan kami di Al Musaa Mall kerana beliau tidak tahu jalan untuk ke hotel kami.Kemudian,kami pun berjalan kaki pulang ke hotel sambil mengambil gambar.




 
Pada jam 12.00 tengahari,kami check- out dan kemudian Abu Mat’ab


mengambil kami ke rumahnya.Pada tengahri itu,kami makan nasi Siyadiyyah.Ia berwarna hitam(hitam kerana digoreng dengan bawang goreng) dan dimakan dengan ikan rebus yang fresh.Kami makan bersama-sama dengan Ummu Ahmad,Abu Ahmad,Abu Mat’ab,Ummu Mat’ab,Mat’ab,Marwa,Najwa,Khadijah,Roma,Nuwal dan beberapa ahli keluarga mereka yang lain.(Lelaki dan perempuan asing.Wajib begitu!)Selepas itu,kami dijamu pula dengan Shahi atau dalam bahasa melayunya Teh dan juga Qahwah diminum bersama buah tamar.Selepas bersembang-sembang,kami pun meminta diri untuk pulang.Kami bersalam-salaman dengan keluarga mereka yang baik-baik belaka itu.Apabila kami keluar,kelihatan Papa dan Ashraf sudah berada di dalam kereta bersama Abu Mat’ab.Kemudian,kami ke stesen bas SAPTCO.Setibanya kami di sana,kami solat Asar berjemaah dan kemudian terus menaiki bas.Bas tersebut bergerak tepat pada jam 4.00 petang.






Kami tiba di Madinah pada jam 11.00 malam.perjalanan kami dari Tabuk ke Madinah mengambil masa lapan jam.Kami menahan teksi di hadapan stesen bas tersebut untuk pulang ke rumah.Apabila kami tiba di rumah,kami mengemas beg sebelum masuk tidur.




Kapal-kapal ke Mesir

Batu yang bercorak di sepanjang jalan



Mercu Tanda Dubaa


Pengalaman ke Tabuk ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana kami dapat belajar banyak tentang budaya orang arab,cara orang arab menjaga kebersihan bandarnya,cara orang arab menghargai tetamu dan lebih-lebih lagi kerana kami dapat melawat tempat-tempat yang menarik di Tabuk,Dubaa,Bada’a dan banyak tempat lain lagi.

2 comments: